More

    Promosi ROG Phone 5 sehingga 9 Julai ini, pembeli dapat fon telinga ROG Cetra II secara percuma!

    ASUS Malaysia hari ini memberitahu bahawa mereka sedang mengadakan promosi untuk telefon pintar gaming mereka ROG Phone 5 (8GB + 128GB). Pembeli akan mendapat fon telinga ROG Cetra II secara percuma jika membeli telefon ROG Phone 5 antara 28 Jun sehingga 9 Julai ini.

    Untuk pengetahun anda, ROG Cetra II berharga RM499 dan ianya adalah aksesori gaming untuk penggemar mobile game. Fon telinga ini hadir dengan ciri pembatalan bunyi hingar dan menggunakan sambungan USB-C. Jadi, anda boleh menggunakannya dengan telefon pintar, komputer dan juga konsol Nintendo Switch.

    Untuk mengingatkan anda mengenai ROG Phone 5, ia menawarkan cipset Snapdragon 888 bersama skrin 6.78 inci AMOLED yang menyokong kadar segar semula 144Hz dan HDR10+. Ia juga hadir dengan reka bentuk ROG Dot Matrix pada bahagian belakang serta bateri bersaiz 6,000mAh.

    Jika anda berminat dengan promosi ini, anda boleh melawat kedai atas talian ASUS di Shopee atau Lazada.

    Nantikan promosi terkini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured