fbpx
More

    OPPO Malaysia anjurkan promosi pertengahan tahun, diskaun untuk Find X3 Pro, Reno5 & banyak lagi

    Bermula hari ini, OPPO Malaysia akan menganjurkan promosi pertengahan tahun Mid-Year Full Speed Bonanza di mana pelbagai jenis produk OPPO akan ditawarkan pada harga istimewa. Promosi yang akan berlangsung sehingga 18 Julai ini melibatkan telefon pintar seperti OPPO Find X3 Pro dan OPPO Reno5 F serta aksesori lain oleh OPPO.

    Berikut adalah produk OPPO yang dijual pada harga diskaun:

    ProdukPromosi / Hadiah percuma
     OPPO Find X3 Pro (Harga asal: RM4,299)  Rebat tunai RM300
    Percuma OPPO Enco X (bernilai RM699)  
      OPPO Watch 46mm (Harga asal: RM1,299)  Percuma OPPO Watch 41mm (bernilai RM899)  
      OPPO Enco W51 Earbuds (Harga asal: RM369)  Rebat tunai RM100

    OPPO Malaysia juga akan memilih 12 pelanggan telefon bertuah di mana mereka akan menerima hadiah menarik iaitu televisyen pintar 43 inci. Pelanggan yang berminat perlu berdaftar dalam aplikasi My OPPO App dan 12 orang pemenang akan dimaklumkan pada 23 Julai.

    Selain promosi pertengahan tahun ini, OPPO turut menjual edisi khas untuk telefon pintar Reno5 Limited Edition dan Reno5 F Limited Edition di mana ia akan dipakejkan dalam kotak esklusif yang mengandungi sarung telefon menyala dalam gelap (glow in the dark), bank tenaga 10,000mAh dan baucar KFC bernilai RM20 (untuk pelanggan Semenanjung) atau kad Touch ‘n Go bernilai RM20 (untuk pelanggan Sabah dan Sarawak).

    OPPO Reno5 Limited Edition dijual pada harga RM1,699 dan kotaknya telah ditanda tangan oleh selebriti tempatan Phei Yong. Sementara itu, OPPO Reno5 F Limited Edition pula berharga RM1,199 dan kotaknya ditanda tangan oleh penyanyi tempatan MK K-Clique.

    Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut tentang semua produk di atas. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ASUS akan lancarkan komputer berfokuskan AI pada 21 Mei 2024

    Syarikat komputer dari Taiwan, ASUS, telah mengumumkan acara pelancaran virtual Next Level. AI Incredible. yang akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Mei...

    Instagram ingin mudahkan pencipta kandungan kecil dapat lebih banyak tontonan dan pendedahan

    Pada waktu ini, kandungan video pendek yang dipaparkan dalam Instagram Reels kerap merupakan video yang dimuat naik semula (reposted) oleh pemilik akaun...

    Semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL kini terima kad debit, kredit

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid KL mengumumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan pelanggannya sudah mula...

    Assassin’s Creed Mirage akan ditawarkan untuk iPhone dan iPad pada 6 Jun 2024

    Siri iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max serta tablet iPad yang dilengkapi cip M1 sudah mempunyai kuasa pengkomputeran yang cukup...

    Siri iQOO Z9 akan dilancar di Malaysia pada 9 Mei 2024

    iQOO Malaysia bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan iQOO Z9 Series pada hari Selasa, 9 Mei 2024. Ia merupakan telefon kelas...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X