More

    DNB memilih Ericsson untuk membina rangkaian 5G di Malaysia, bakal dilancar hujung tahun ini

    Semalam, Digital National Berhad (DNB) mengumumkan bahawa mereka telah memilih rakan kerjasama, Ericsson untuk membina rangkaian 5G di Malaysia. Mereka menjelaskan bahawa Ericsson telah dipilih kerana harganya yang lebih murah iaitu pada RM11 bilion,berbanding syarikat lain yang menawarkan harga sekitar RM15 bilion.

    Ericsson akan bertanggungjawab untuk reka bentuk dan binaan jaringan 5G hujung-ke-hujung yang meliputi teras, akses radio dan jaringan pergerakan (RAN), sistem sokongan operasi dan bisnes (OSS/BSS) dan penjagaan servis yang menyeluruh. Mereka juga akan membangunkan program inovasi yang menyokong pembekal tempatan dan juga memastikan penerimaan jaringan 5G dalam kalangan masyarakat.

    Berdasarkan mereka, 5G akan dilancarkan pada hujung tahun ini di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Pada tahun 2022 pula, DNB akan mula melancarkan 5G di lima bandar utama dan daerah di negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak. Kemudiannya, jaringan 5G ini akan memasuki 17 bandar lain dan kawasan pedalaman bermula tahun 2023. Mereka menyasarkan untuk mencapai 80% liputan penduduk menjelang 2024.

    Ini sememangnya adalah berita baik untuk dunia teknologi di Malaysia. Berikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured