More

    realme mungkin akan berkerjasama dengan syarikat fotografi terkenal untuk telefon ‘flagship’ mereka

    Pada minggu lalu, kita telah diberitahu bahawa realme GT Master Edition sedang dalam proses penghasilan. Kini, butiran baru mengenainya telah muncul dalam talian.

    Di media sosial Weibo, eksekutif realme, Xu Qi Chase telah memuat naik sebuah gambar yang diambil oleh sebuah peranti misteri. Nama peranti tersebut pada bahagian bawah gambar telah dikaburkan secara sengaja.

    Pada masa yang sama, terdapat sumber yang menyatakan realme sedang bersiap sedia untuk bekerjasama dengan jenama fotografi terkenal dan realme GT Master Edition adalah hasil kerjasama yang pertama.

    Yang menarik, terdapat juga sumber yang menjelaskan bahawa syarikat fotografi tersebut adalah Kodak, sebuah syarikat fotografi terkenal yang muflis pada 2012 dan kini hanya menfokuskan kepada percetakan komersial.

    Jika kerjasama ini berlaku, kami menjangkakan kamera telefon realme akan hadir dengan filter baru dari Kodak dan juga penambahbaikan dari segi warna pengimejan.

    Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai peranti baru realme di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured