More

    Peranti ‘flagship’ OnePlus kini dapat sokongan Android 3 tahun, kemas kini sekuriti 4 tahun

    OnePlus semalam telah mengemas kini polisi baru untuk peranti-peranti mereka. Telefon andalan mereka bermula dari siri OnePlus 8 akan mendapat kemas kini Android selama 3 tahun dan 4 tahun kemas kini sekuriti. Ini termasuklah telefon siri T dan model R.

    Manakala untuk peranti kelas pertengahannya, Nord dan Nord CE akan mendapat kemas kini Android OS selama 2 tahun dan kemas kini sekuriti 3 tahun. Peranti Nord siri N pula akan hanya mendapat kemaskini Android selama setahun dan sekuriti 2 tahun.

    Untuk peranti andalan sebelum siri OnePlus 8 akan kekal dengan kemas kini Android OS 2 tahun dan sekuriti 3 tahun.

    Selain dari itu, OnePlus juga mengesahkan gabungan kod perisian OxygenOS dan ColorOS bermula perisian Android 12.

    Adakah anda pengguna peranti OnePlus? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured