More

    Poster ZTE Axon 30 5G mengesahkan kehadiran kamera bawah skrin generasi kedua!

    Pada tahun lalu, ZTE telah memperkenalkan telefon pertama dunia yang hadir dengan kamera bawah skrin, iaitu Axon 20 5G. Sejak dari itu, mereka dilihat sedang dalam pembikinan untuk kamera bawah skrin generasi yang kedua. Mereka telah mengacah teknologi ini sejak dari awal tahun termasuklah dengan menunjukkan sebuah prototaip.

    Kini, teknologi generasi kedua ini secara rasmi disahkan akan hadir pada ZTE Axon 30 5G yang bakal memasuki pasaran kelak. ZTE tidak memberitahu tarikh pelancaran telefon ini namun sumber dalam talian menandakan pada 22 Julai ini.

    Visionox adalah syarikat yang bekerjasama dengan ZTE untuk menghasilkan teknologi ini. Skrin di atas kamera kini mempunyai susunan piksel baru yang memberikan kejelasan dan kualiti gambar yang lebih baik.

    Mengikut ZTE, ketumpatan piksel di atas kamera telah dinaik sebanyak dua kali ganda (dari 200ppi ke 400ppi). Jadi, kamera bawah skrin generasi kedua ini lebih tersembunyi. Kadar segar semula juga dinaikkan dari 90Hz ke 120Hz.

    Untuk spesifikasi lain ZTE Axon 30 5G, ia mungkin hadir dengan cipset Snapdragon 888 5G, kamera tri 64MP, kamera periskop 8MP dan pengecasan pantas 55W.

    Adakah anda berminat dengan teknologi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured