More

    OnePlus daftarkan nama “OnePlus Pad”, mungkin akan lancarkan tablet dalam masa terdekat

    Selepas berkecimpung dalam industri telefon pintar sejak 2014, kini OnePlus mungkin akan melancarkan tablet pertama mereka pada tahun ini. Syarikat teknologi itu dikesan telah mendaftarkan sebuah tanda dagang bernama OnePlus Pad dengan European Union Intellectual Property Office.

    Pendaftaran tersebut telah dibuat pada 1 Julai 2021 jadi kita mungkin boleh jangkakan pelancaran pada suku keempat tahun ini. OnePlus dilihat telah meluaskan rangkaian produknya luar daripada telefon pintar, seperti dengan pelancaran OnePlus Watch pada bulan Mac 2021 dan OnePlus TV pada 2019.

    OnePlus ialah sebuah syarikat di bawah naungan konglomerat BBK Electronics. Sebuah lagi syarikat di bawah konglomerat tersebut, realme, juga bakal melancarkan tablet pertama mereka iaitu realme Pad. Di samping itu, vivo juga dikhabarkan akan melancarkan tablet pertama.

    Kongsi pendapat anda tentang berita tablet ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: EUIPO

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured