More

    Redmi Note 10T 5G bakal dilancar dalam masa terdekat, mungkin berharga ~RM839

    Jika bercakap mengenai jenama sub, Redmi adalah antara jenama sub yang popular di pasaran Malaysia. Pada tahun ini, mereka telah melancar siri Redmi Note 10 pada bulan 3, disambung dengan dua lagi varian pada bulan May. Sekarang, sebuah lagi model Redmi Note 10T 5G telah muncul dalam talian.

    Mengikut sumber, Redmi bakal melancarkan Redmi Note 10T 5G di pasaran India dengan harga sekitar INR 15,000 (~RM839). Peranti ini dilihat hadir dengan cipset Mediatek Dimensity 700, RAM 4GB dan storan 128GB. Selain itu, ia juga mungkin akan menggunakan skrin 6.5 inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W.

    Ia juga mungkin akan hadir dengan kamera utama 48MP, sensor kedalaman 2MP dan lensa makro 2MP. Bahagian depannya pula adalah kamera swafoto 8MP. Seperti biasa, ia akan dilengkapi IR blaster dengan sensor cap jari sisi.

    Ya, jika anda mengikuti perkembangan Redmi, spesifikasi telefon ini pasti anda pernah lihat sebelum ini. Ianya sama seperti Redmi Note 10 5G dan POCO M3 Pro 5G. Jadi, kami merasakan peranti ini tidak akan memasuki pasaran Malaysia.

    Nantikan berita lanjut mengenai jenama sub Redmi ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...