More

    Satu lagi telefon yang diterima bawah program Jaringan Prihatin meletup

    Sebelum ini terdapat beberapa kes melibatkan telefon yang diberikan dalam program Jaringan Prihatin meletup sewaktu ia sedang digunakan atau dicas. Kini terdapat sebuah lagi telefon yang meletup dan isu ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan penerima bantuan program tersebut.

    Menurut gambar yang telah tular daripada kumpulan YES 4G Community Unofficial di Facebook, seorang pengguna Yes 4G Altitude 3 di Pahang telah berkongsi gambar telefon itu yang telah meletup. Menurutnya, telefon itu baru digunakan selama dua bulan.

    Mujur, pengguna tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Buat masa ini YES telah pun menghubungi beliau untuk menyiasat kejadian tersebut. Sebelum ini, YES telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengesyorkan pengguna untuk menggunakan pengecas yang disertakan bersama telefon tersebut dan bukannya pengecas pihak ketiga agar risiko letupan boleh dihapuskan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured