More

    Samsung Galaxy M52 5G dikesan di pensijilan 3C, hadir dengan bateri 4,860mAh

    Sebelum ini, terdapat khabar angin yang menyatakan Samsung akan melancarkan Galaxy M52 5G dalam masa terdekat. Terbaru, peranti ini dilihat telah muncul di pensijilan 3C dan beberapa spesifikasinya telah tertiris.

    Mengikut penyenaraian tersebut, Galaxy M52 5G bakal mempunyai bateri 4,860mAh. Ia juga dijangka akan menyokong pengecasan pantas 25W, cipset Snapdragon 778G dan skrin AMOLED dengan potongan punch-hole.

    Untuk kamera pula, peranti ini mungkin akan menggunakan kamera swafoto 16MP dan 4 kamera belakang termasuklah kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 12MP, kamera mkro 5MP dan sensor kedalaman 5MP.

    Untuk spesifikasi lain, ia masih lagi belum diketahui. Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured