More

    WhatsApp mungkin akan bolehkan pengguna memilih kualiti gambar dan video tidak lama lagi

    Menghantar gambar melalui WhatsApp mungkin menjadi masalah untuk sesetengah pengguna kerana aplikasi ini sering kali memadatkannya dan mengurangkan kualiti gambar itu. Namun begitu, perkara ini mungkin akan berubah tidak lama lagi kerana WhatsApp dikhabarkan akan menyokong ciri baru dimana pengguna boleh memilih kualiti gambar dan video.

    Sumber menunjukkan bahawa ciri ini sedang dalam fasa percubaan untuk aplikasi Android yang membolehkan pengguna memilih antara tiga kualiti iaitu “Auto”, “Best quality” atau “Data saver” sebelum menghantar gambar atau video. Pengguna boleh memilih tetapan yang paling rendah untuk penjimatan data ataupun memilih tetapan tertinggi untuk kualiti yang terbaik.

    Namun, kita masih tidak tahu bagaimana kualiti gambar dan video yang dihantar menggunakan tetapan “Best quality” berbanding tetapan yang lain. Buat masa ini, jika seseorang itu ingin menghantar gambar yang berkualiti, mereka perlu menukar ke dokumen dahulu.

    Adakah anda berpuas hati dengan berita ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured