fbpx
More

    Pra-tempahan Sony Xperia 1 III dibuka, berharga RM5,799 dengan hadiah percuma bernilai RM849

    Sony Malaysia hari ini telah membuka pra-tempahan untuk telefon pintar premium mereka, Sony Xperia 1 III. Telefon pintar ini berharga RM5,799 dan ia hadir dengan pelbagai spesifikasi yang mantap.

    Pra-tempahan Sony Xperia 1 III dibuka dari 15 Julai sehingga 15 Ogos ini. Jika anda membuat pra-tempahan, anda akan mendapat hadiah percuma iaitu sebuah fon telinga WF-1000XM3 bernilai RM849. Sony Xperia 1 III ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Frosted Black (hitam) dan Frosted Purple (ungu).

    Untuk mengingatkan anda tentang spesifikasinya, Xperia 1 III hadir dengan skrin 6.5 inci OLED beresolusi 4K dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dilengkapi cipset Snapdragon 888 serta bateri berkapasiti 4,500mAh.

    Xperia 1 III juga mempunyai 3 kamera belakang termasuklah kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 12MP. Yang menarik, ia hadir dengan penstabilan OIS dan menyokong aplikasi Cinematography Pro dari CineAlta.

    Ia juga dilengkapi sensor cap jari bawah skrin serta ciri kalis air IPX5/IPX8.

    Untuk spesifikasi lanjut, anda boleh layari halaman web rasmi peranti ini.

    Adakah anda berminat untuk peranti premium dari Sony ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    5 telefon “flagship” lama yang masih lagi menyengat pada 2024!

    Dalam pasaran telefon pintar Malaysia yang semakin dinamik pada setiap tahun, setiap jenama akan memperkenalkan telefon baharu dengan fungsi-fungsi dan spesifikasi terkini...

    AEON Bank bakal lancarkan Kad Debit-i Visa pada akhir suku kedua 2024

    AEON Bank telah mendedahkan kerjasama dengan Visa untuk memperkenalkan kad debit yang direka khas untuk pemegang akaunnya yang dikenali sebagai Kad Debit-i...

    YouTube perkenal ciri AI “Jump Ahead”, tontonan terus ke bahagian menarik video

    YouTube telah melancarkan ciri baharu yang dipanggil Jump Ahead (Langkau Kedepan) yang direka khusus untuk pelanggan Premium. Ciri ini dikuasakan oleh AI...

    vivo X100 Ultra, X100s & X100s Pro akan dilancar pada 13 Mei 2024

    vivo akan mengumumkan telefon pintar yang dinantikan iaitu vivo X100 Ultra pada 13 Mei ini bersama dua model andalan lain, vivo X100s...

    Mufti Selangor: Haram beli kad waranti atau waranti lanjutan secara berasingan

    Mufti Selangor sering menjawab pelbagai persoalan yang diutarakan. Terbaru, Mufti Selangor turut menjawab soalan melibatkan pembelian kad waranti atau waranti lanjutan bagi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X