More

    vivo Y72 5G dilancar: Skrin 90Hz, cipset Snapdragon 480, kamera 48MP, berharga ~RM1,182

    Terbaru, vivo telah melancarkan telefon pintar vivo Y72 5G di pasaran India. Ia adalah peranti yang menyokong 5G dan hadir dengan beberapa spesifikasi mantap termasuklah skrin 90Hz dan kamera 48MP. Untuk pengetahuan anda, vivo Y72 5G adalah penjenamaan semula daripada vivo Y52s yang telah dilancarkan di China bulan Mei lalu.

    vivo Y72 5G hadir dengan skrin 6.58 inci IPS LCD dengan takuk titisan air. Skrinnya beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Pada sisi kanan telefon, ia dilengkapi sensor cap jari yang terletak di atas butang kuasa.

    Untuk bahagian belakang pula, vivo Y72 5G mempunyai dua kamera iaitu kamera utama 48MP f/1.8 dan sensor kedalaman 2MP. Pada bahagian depan, ia hadir dengan kamera swafoto 8MP f/1.8. Peranti ini juga mempunyai bateri bersaiz 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

    vivo Y72 5G dikuasai oleh cipset Snapdragon 480 dengan RAM 8GB (tambahan RAM virtual sehingga 4GB) dan storan 128GB. Ia menggunakan antara muka FunTouch OS 11 di atas perisian Android 11. Untuk dimensi pula, ia mempunyai ketebalan 8.4mm dan berat 185.5g.

    vivo Y72 5G dijual di pasaran India dengan tanda harga bermula Rs 20,990 (~RM1,182) dan ditawarkan dengan dua pilihan warna, Prism Magic (biru) dan Slate Grey (kelabu).

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai kehadiran peranti ini ke pasaran Malaysia.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured