More

    Mediatek Helio G96 dan G88 dilancar: Tidak jauh berbeza berbanding generasi lalu

    Terbaru, Mediatek telah melancarkan cipset kelas pertengahan LTE yang terbaru iaitu Helio G96 dan Helio G88. Walaupun nombornya lebih tinggi, namun spesifikasinya tidaklah jauh berbeza dari Helio G95 dan G85.

    Mediatek Helio G96 dilengkapi teras CPU Cortex-A76 pada 2.05Ghz dan 6 teras A55, sama seperti G95. Namun, GPUnya hanyalah Mali-G57 MC2, kurang berkuasa berbanding G76 MC4 yang sedia ada.

    Yang menarik, Helio G96 kini menyokong skrin 120Hz (LCD dan OLED) pada resolusi 1080P. Untuk sokongan kamera pula, ia kini dapat menyokong sensor 108MP, namun masih dapat merakam video sehingga 4K 30fps sahaja.

    Penambahbaikan lain pada G96 adalah sokongan LTE yang lebih pantas (Cat 13 downlink), storan lebih pantas (UFS 2.2) dan versi Bluetooth yang lebih baru (5.2).

    Untuk cipset Helio G88 pula, spesifikasinya lebih hampir dengan generasi sebelumnya. Ia masih menggunakan teras CPU Cortex-A75 pada 2.0GHz dengan 6 teras A55. Untuk GPU pula, ia dilengkapi Mali-G52 MC2 pada 1 GHz. Sokongan RAM, storan dan modem LTE adalah sama seperti Helio G85.

    Apa yang berubah adalah G88 kini menyokong skrin 90Hz pada resolusi 1080P (G85 sokong 90Hz pada 720p). Untuk kamera pula, ia menyokong sensor 64MP, penambahbaikan dari sensor 48MP.


    Helio G96Helio G95Helio G88Helio G85
    Big cores2x Cortex-A76 @ 2.05 GHz2x Cortex-A76 @ 2.05 GHz2x Cortex-A75 @ 2.0 GHz2x Cortex-A75 @ 2.0 GHz
    Small cores6x Cortex-A556x Cortex-A556x Cortex-A556x Cortex-A55
    GPUMali G57 MC2Mali-G76 MC4Mali-G52 MC2 @ 1.0 GHzMali-G52 MC2 @ 1.0 GHz
    Display120 Hz @ 1080p+90 Hz @ 1080p+90 Hz @ 1080p+90 Hz @ 720p+, 60 Hz @ 1080p+
    RAMLPDDR4X @ 2133 MHzLPDDR4X @ 2133 MHzLPDDR4x @ 1800 MHzLPDDR4x @ 1800 MHz
    StorageUFS 2.2UFS 2.1eMMC 5.1eMMC 5.1
    Max cam resolution108 MP64 MP64 MP48 MP
    Video capture4K @ 30 fps4K @ 30 fps1080p @ 60 fps1080 @ 60 fps
    LTE modem (downlink)Cat 13Cat 12Cat 7Cat 7
    Wi-FiWi-Fi 5 (a/b/g/n/ac)Wi-Fi 5 (a/b/g/n/ac)Wi-Fi 5 (a/b/g/n/ac)Wi-Fi 5 (a/b/g/n/ac)
    BluetoothBluetooth 5.2Bluetooth 5.0Bluetooth 5.0Bluetooth 5.0

    Kedua-dua Helio G96 dan G88 juga telah ditambahbaik ke HyperEngine 2.0 Lite dan menyokong SIM berdua dengan VoLTE.

    Jadi, adakah anda berpuas hati dengan cipset baru Mediatek ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured