More

    vivo S10 dan S10 Pro dilancar: Kamera swafoto 44MP, cipset Dimensity 1100, harga bermula ~RM1,818

    Terbaru, vivo telah melancarkan telefon pintar siri vivo S10 untuk pasaran China. Siri ini hadir dengan dua model iaitu vivo S10 dan vivo S10 Pro. Kedua-dua peranti ini mempunyai reka bentuk nipis pada ketebalan 7.29mm dan berat 173g sahaja. Yang menarik adalah panel belakang fotokromik yang berubah warna mengikut cahaya.

    Kedua-dua model ini hadir dengan skrin 6.44 inci Super AMOLED 90Hz, kamera selfie 44MP, cipset Dimensity 1100 dan bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W.

    Bezanya pada versi Pro adalah ia hadir dengan kamera utama 108MP ISOCELL HM2 dengan gabungan piksel 9:1, manakala model biasa dengan kamera 64MP sahaja. Terdapat juga kamera ultra lebar 8MP dan sensor makro 2MP pada kedua-duanya.

    Untuk kamera hadapan pula, seperti yang diberitahu tadi, ia dilengkapi kamera swafoto utama 44MP. Sensor ini hadir dengan ciri autofokus dan dapat menangkap gambar HDR serta video 4K.

    Disebelahnya pula adalah kamera swafoto ultralebar 8MP yang membolehkan pengguna mengambil selfie atau wefie yang lebih luas. Yang menarik, bezel atas telefon ini mempunyai dua lampu kilat LED yang dapat mencerahkan gambar walau di tempat yang gelap. Siri vivo S10 ini menggunakan perisian OriginOS atas Android 11 dan juga sensor cap jari bawah skrin.

    vivo S10 dengan RAM 8GB dan storan 128GB dijual pada tanda harga CNY 2,799 (~RM1,818) manakala vivo S10 Pro dengan memori yang sama dijual pada tanda harga CNY3,999 (~RM2,598). Terdapat juga memori yang lebih tinggi (12/256GB) untuk versi Pro.

    Siri ini ditawarkan dengan 4 pilihan warna termasuklah putih, hitam, hijau limau dan gradien.

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai kehadiran peranti ini ke pasaran Malaysia.

    "
    "

    Nantikan berita lanjut mengenai siri vivo S10 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured