More

    Rupa paras realme GT Explorer Master Edition muncul dalam talian!

    Beberapa hari lalu, kami telah melaporkan bahawa terdapat dua model yang akan dilancarkan dari siri realme GT Master Edition iaitu realme GT Master Edition dan realme GT Explorer Master Edition. Sebelum ini, rupa bentuk realme GT Master Edition telah ditunjukkan, kini model Explorer pula muncul dalam talian.

    realme GT Explorer Master Edition dilengkapi nombor model RMX3366 dan ia mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan model Master Edition. Melihat kepada gambar yang tertiris, ia hadir dengan dua pilihan warna yang berbeza.

    Gambar menunjukkan bahawa model Explorer ini mempunyai punch-hole di atas kiri skrin. Pada bahagian belakang pula, ia dilengkapi tiga kamera dengan kamera utama 64MP.

    Sebelum ini, peranti ini telah dikesan di pensijilan TENAA dengan skrin 6.55 inci AMOLED FHD+, cipset Snapdragon 870 5G, RAM 12GB dan storan 512GB. Ia juga menggunakan perisian Android 11 dan menyokong pengecasan pantas 65W.

    Bercakap mengenai realme GT Master Edition pula, ia mempunyai reka bentuk kamera dan spesifikasi yang sedikit berbeza. Jika dilihat pada modul kameranya, kedudukan lampu kilat LEDnya adalah berlainan.

    (kiri) realme GT Explorer Master Edition, (kanan) realme GT Master Edition

    Untuk spesifikasi pula, ia hadir dengan skrin 6.43 inci AMOLED FHD+, RAM 12GB dan storan 256GB. Ia juga menggunakan kamera 64MP, namun dikuasai oleh cipset Snapdragon 778G. Ia juga menyokong pengecasan pantas 65W.

    Apa pun, nantikan pelancaran siri realme GT Master Edition pada minggu hadapan, 21 Julai ini.

    Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured