More

    Rupa realme Pad tertiris, bakal menyokong penggunaan stilus

    Tablet realme Pad sudah pun disahkan oleh realme pada Jun lalu, namun ia masih belum dilancarkan secara rasmi. Kini, rupa bentuk tablet tersebut telah pun tertiris di internet dalam bentuk imej janaan komputer 3D.

    Menurut sumber, realme Pad akan mempunyai badan yang dibuat daripada besi dengan ketebalan 6.8mm, manakala untuk kamera pula terdiri daripada satu kamera utama dan satu kamera swafoto. Skrinnya pula berukuran 10.4 inci.

    Imej realme Pad yang tertiris itu juga menunjukkan port USB-C di bahagian bawah, empat pembesar suara, butang suis di atas dan butang pengawal audio di bahagian kanan. Tablet ini dijangka akan menyokong penggunaan stilus dan dilengkapi ruang khas untuk meletakkan stilus tersebut.

    Apakah pendapat anda tentang rekaan tablet ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...