More

    realme GT Master Edition dilancar: Snapdragon 870, rekaan jalur 3D, kamera Sony IMX766 bermula ~RM1,571

    realme hari ini telah memperkenalkan siri telefon kelas pertengahan terbaru di China iaitu realme GT Master Edition dan realme GT Explorer Master Edition. Kedua-dua telefon menawarkan prestasi yang mantap untuk telefon kelas pertengahan, terutamanya dengan cipset canggih seperti Snapdragon 870 5G dan Snapdragon 778 5G.

    Perkara yang paling menarik untuk realme GT Explorer Master Edition adalah pada rekaan luarannya, di mana ia mempunyai jalur 3D yang mirip bagasi perjalanan (traveling bag). Ia telah direka oleh pereka dari Jepun, Naoto Fukusawa, dan beliau ingin menimbulkan perasaan mengembara buat mereka yang memiliki telefon ini.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme GT Master Explorer Edition:

    • Skrin AMOLED 6.55 inci dengan kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 480Hz
    • Cipset Snapdragon 870 5G
    • RAM 8GB atau 12GB, boleh dibesarkan sebanyak 7GB lagi
    • Storan 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 50MP dengan sensor IMX766 + kamera ultra-lebar 16MP + kamera makro
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,500mAh
    • Pengecasan pantas 65W, boleh cas penuh dalam 33 minit
    • realme UI 2.0 berdasarkan Android 11
    • Harga:
      • CNY2,899 (~RM1,898) untuk 8GB+128GB
      • CNY3,205 (~RM2,095) untuk 12GB+256GB

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme GT Master Edition:

    • Skrin AMOLED 6.43 inci dengan kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 360Hz
    • Cipset Snapdragon 778 5G
    • RAM 8GB, boleh dibesarkan sebanyak 5GB lagi
    • Storan 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,300mAh
    • Pengecasan pantas 65W
    • realme UI 2.0 berdasarkan Android 11
    • Harga:
      • CNY2,399 (~RM1,571) untuk 8GB+128GB
      • CNY2,599 (~RM1,702) untuk 12GB+256GB

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave CN

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured