More

    OnePlus Buds Pro dilancar, dilengkapi ciri ANC dan bateri 38 jam!

    Semalam, OnePlus telah melancarkan sebuah telefon pintar OnePlus Nord 2 yang hadir dengan cipset Dimensity 1200 AI bersama kamera 50MP Sony IMX766. Namun, bukan itu sahaja, mereka juga telah memperkenalkan fon telinga premium, OnePlus Buds Pro.

    OnePlus Buds Pro hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Batang peranti ini mempunyai kemasan kilat yang dapat berikan pengalaman penggunaan dan ketahanan peluh dan habuk yang lebih baik.

    Fon telinga premium ini menggunakan pemacu dinamik 11mm yang menyokong ciri Dolby Atmos. Selain itu, ia juga dilengkapi profil bunyi OnePlus Audio ID yang membolehkan pengguna mengubah sensitiviti bunyi dengan lebih lanjut.

    Peranti ini juga hadir dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 40dB yang berubah mengikut situasi. Ciri ini juga dapat mengurang bunyi angin ketika membuat panggilan.

    Dari segi bateri, ia mampu bertahan sehinga 38 jam dengan bekas pengecasnya. Fon telinga itu dapat bertahan selama 7 jam tanpa ciri ANC dan 5 jam dengan ciri ANC. Yang lebih menarik, bekas pengecasnya menyokong Warp Charge yang dapat berikan hayat bateri selama 10 jam dengan hanya 10 minit pengecasan sahaja.

    OneBuds Buds Pro juga menyokong pengecasan wayarles, Bluetooth 5.2 dan latensi serendah 94ms apabila mod Pro Gaming diaktifkan.

    Fon telinga ini dijual pada tanda harga $150 (~RM633) di Amerika Syarikat dan Kanada bermula 1 September ini.

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai kehadirannya ke pasaran Malaysia.

    "
    "

    Adakah anda menantikan fon telinga premium OnePlus ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured