More

    MediaTek mungkin akan lancarkan cipset Dimensity 1100U dalam masa terdekat

    Pada tahun lalu, MediaTek telah perkenalkan cipset Dimensity 800U, varian baru untuk cipset Dimensity 800. Kini, sumber dalam talian menyatakan cipset andalan Dimensity 1100 juga akan mendapat varian U tidak lama lagi.

    Sumber menyatakan bahawa sebuah peranti bajet telah dimuktamadkan dan ia bakal dikuasai oleh cipset Dimensity 1100U.

    Namun begitu, sehingga kini, tiada lagi butiran mengenai varian baru cipset ini. Cipset Dimensity 1100U mungkin akan hadir dengan CPU dan GPU yang sedikit lebih berkuasa.

    Jika anda tidak tahu, cipset Dimensity 1100 adalah sebuah cipset 6nm dengan 4 teras Cortex-A78 pada 2.6GHz dan 4 teras Cortex-A55 pada 2.0GHz. Untuk GPU, ia menggunakan Mali G77 MC9. Cipset ini juga menyokong kamera 108MP, MediaTek APU 3.0 dan True Dual 5G SIM yang memberikan penjimatan kuasa sehingga 82%.

    Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai cipset Dimensity 1100U dalam masa yang terdekat.

    Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured