More

    Corning lancarkan Gorilla Glass DX dan DX+ untuk perlindungan kaca lensa kamera

    Corning, syarikat yang terkenal dengan perlindungan kaca Gorilla Glass pada skrin telefon pintar, kini telah melancarkan perlindungan kaca untuk lensa kamera telefon pintar pula. Ia hadir dengan nama Gorilla Glass DX dan DX+.

    Secara teknikal, ini bukanlah buat kali pertama mereka melancarkan Gorilla Glass DX kerana mereka telah berbuat demikian pada Julai 2018 untuk muka jam tangan pintar. Namun begitu, Corning menyatakan bahawa kali ini mereka telah mengkaji semula komposit kaca DX dan DX+ untuk berikan perlindungan tanpa menjejaskan kualiti gambar dan video.

    Corning juga menyatakan bahawa komposit kaca baru ini membolehkan 98% cahaya ambien melepasinya. Pada masa yang sama, ia dapat memberikan perlindungan seperti kaca Gorilla Glass sedia ada. Jika dibandingkan dengan lapisan tradisional pada lensa kamera, ia hanya membolehkan pelepasan cahaya sebanyak 95% sahaja.

    Sehingga kini, tiada lagi telefon pintar yang disahkan akan menggunakan komposit kaca baru ini, namun Corning memberitahu bahawa Samsung akan menjadi jenama yang pertama.

    Untuk pengetahuan anda, Samsung bakal mengadakan acara pelancaran pada 11 Ogos ini. Jadi, mereka mungkin akan perkenalkan peranti baru yang dilengkapi Gorilla Glass DX atau DX+.

    Adakah anda meminati teknologi dari Corning ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured