More

    PDRM bakal gunakan 16 dron berkuasa tinggi untuk kawal sempadan

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima 16 buah dron berkuasa tinggi yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan akan digunakan oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi meningkatkan tahap keselamatan di sempadan seluruh negara.

    Kerajaan telah memperuntukkan RM48 juta untuk pemerolehan dron ini yang bakal difokuskan pada kawasan sempadan tidak berpagar bagi mengurangkan jenayah rentas negara. Menurut Timbalan Keuta Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim, sempadan negara sejauh 44.55 kilometer tidak mempunyai pagar dan ia sering digunakan oleh penyeludup untuk merentas negara secara haram.

    Dron tersebut mampu terbang di udara dalam tempoh empat jam. Selain dron, PDRM turut mendapat tambahan 175 buah kenderaan pacuan empat roda, seribu set jaket kalis peluru dan peningkatan dana untuk pasukan risik.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured