fbpx
More

    Sony telah mencipta rekod baru, jual lebih dari 10 juta unit kurang dari setahun!

    Sony telah melancarkan konsol gaming PlayStation (PS5) pada bulan November lepas. Namun, disebabkan masalah bekalan dan permintaan yang tinggi, konsol ini masih lagi sukar untuk didapati. Walaupun begitu, Sony berjaya untuk mencipta rekod baru dengan menjual lebih dari 10 juta unit kurang dari setahun.

    Sony memberitahu pencapaian ini di laman sosial Twitternya dan ini menjadikan PS5 konsol yang paling pantas terjual di dalam sejarah Sony Interactive Entertainment (SIE). Jika Sony tidak mengalami sebarang masalah bekalan, pastinya ia akan terjual dengan angka yang jauh lebih tinggi.

    Pada masa yang sama, Sony turut memberitahu bahawa mereka mempunyai barisan game eksklusif yang akan tiba seperti God of War: Ragnarok, Gran Turismo 7 dan Horizon Forbidden West. Selain itu, pelbagai game menarik lain juga akan dilancar termasuklah Battlefield 2042, DEATHLOOP, Far Cry 6 dan Kena: Bridge of Spirits.

    Sony juga turut menyatakan bahawa mereka sedang mencuba sedaya upaya untuk membaik pulih masalah bekalan di serata dunia.

    PlayStation 5 dijual di Malaysia pada tanda harga RM2,299 untuk versi biasa dan RM1,869 untuk versi Digital (tidak boleh menggunakan CD).

    Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X