More

    Siri iQOO 8 mungkin hadir dengan skrin LTPO 2K, cipset SD888 Plus dan lebih lagi!

    Sebelum ini, iQOO telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar andalan siri iQOO 8 di acara ChinaJoy awal bulan hadapan (berlangsung dari 30 Julai sehingga 2 Ogos). Kini, sebelum pelancarannya, beberapa spesifikasi penting peranti ini telah tertiris di dalam talian.

    Mengikut sumber, siri iQOO 8 ini akan mengunakan paparan E5 dengan resolusi 2K. Paparan ini adalah jenis LTPO bersama warna 10-bit. Ia juga akan menyokong kadar segar semula 120Hz yang boleh berubah mengikut penggunaan (1-120Hz).

    Selain dari itu, siri iQOO 8 juga dikhabarkan akan menjadi peranti pertama yang menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 888 Plus. Ia dijangka akan hadir dengan RAM 12GB (tambahan 4GB RAM secara maya) bersama storan 256GB.

    Siri ini juga dikhabarkan akan hadir dengan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Ia juga mungkin akan dilengkapi sensor cap jari dalam skrin dan antara muka OriginOS 1.0 atas Android 11.

    Jadi, adakah anda berminat dengan siri iQOO 8 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured