More

    Logitech G335 dilancar di Malaysia: Fon kepala “gaming” berwayar berharga RM269

    Logitech Malaysia hari ini telah melancarkan siri fon kepala gaming terbaru iaitu Logitech G335 Wired Gaming Headset yang akan dijual pada harga RM269. Fon kepala ini dilengkapi pemacu (driver) neodymium 40mm untuk menghasilkan kualiti audio yang jelas untuk kegunaan gaming atau multimedia.

    Logitech telah reka fon kepala ini untuk memberikan keselesaan tinggi, dengan headband elastik di bahagian atas serta kusyen telinga memory foam yang lembut. Dengan berat 240 gram sahaja, fon kepala yang ringan ini boleh dipakai dengan lama tanpa sebarang gangguan.

    Mikrofonnya boleh dinaikkan ke atas dan akan dimatikan sebaik sahaja ia ditegakkan di sebelah telinga kanan. G335 juga telah mendapat pengiktirafan Discord Certified yang bermaksud mikroronnnya boleh merakam suara pengguna dengan jelas. Ia boleh dihubungkan kepada sebarang peranti gaming yang dilengkapi bicu audio 3.5mm.

    Logitech 335 boleh mula dibeli bermula hari ini di pengedar sah serta laman rasmi Logitech G di Shopee dan Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured