More

    Siri HUAWEI P50 dilancar: Cipset SD888 4G, Kirin 9000 4G, kamera 50MP, harga bermula ~RM2,950

    Akhirnya selepas beberapa bulan menunggu, siri HUAWEI P50 akhirnya telah dilancarkan di China. Pada siri kali ini, hanya dua model sahaja diperkenalkan iaitu HUAWEI P50 dan P50 Pro. Kedua-dua model ini mempunyai penambahbaikan dari segi kamera bersama beberapa pilihan cipset yang menarik.

    Untuk kameranya, ianya masih menggunakan kamera jenama Leica. Kamera utamanya 50MP yang dilengkapi penstabilan imej optik (OIS). Ia juga hadir dengan kamera ultra lebar 13MP dan lensa periskop 12MP. Untuk versi pro, ia sedikit berlainan dengan lensa periskop 64MP dan tambahan kamera hitam putih 40MP.

    HUAWEI P50 Pro hadir dengan ciri XD Fusion Pro, sistem gabungan imej yang membolehkan penangkapan cahaya lebih dua kali ganda dan dapat berikan tambahan jangka dinamik sebanyak 28%.

    Yang lebih menarik adalah cipset yang ditawarkan. P50 Pro hadir dengan dua pilihan cipset iaitu Kirin 9000 dan Snapdragon 888. Namun, kedua-dua pilihan ini hanya menawarkan penyambungan 4G sahaja walaupun ia mampu untuk menyokong jaringan 5G.

    Untuk P50 pula, ia ditawarkan dengan cipset Snapdragon 888 4G. Kedua-dua model menggunakan perisian HarmonyOS 2.0 dari dalam kotak (tidak menyokong GMS).

    Dari segi dimensi, P50 dan P50 Pro adalah hampir sama. P50 Pro hadir dengan skrin melengkung 6.6 inci OLED dengan resolusi 1,225 x 2,700 piksel. Ia menyokong HDR, kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 300Hz.

    Manakala P50 pula hadir dengan skrin 6.5 inci OLED dengan resolusi yang sama. Ia juga menyokong kadar bacaan sentuhan 300Hz, namun kadar segar semula pada 90Hz sahaja.

    P50 dilengkapi bateri 4,100mAh dan P50 Pro dengan bateri 4,360mAh. Kedua-dua menyokong pengecasan pantas 66W dan pengecasan wayarles 50W.

    "
    "

    Dua-dua juga hadir dengan pembesar suara stereo dan mempunyai ciri ketahanan air dan debu IP68.

    HUAWEI P50 mula dijual pada bulan September dengan harga bermula CNY 4,500 (~RM2,950) untuk varian 8/128GB, manakala P50 Pro mula dijual pada bulan Ogos dengan harga serendah CNY 6,000 (~RM3,934) untuk varian 8/128GB dan cipset SD888. Terdapat juga varian lain dengan RAM setinggi 12GB dan storan sebesar 512GB.

    HUAWEI P50 Pro hadir dengan 5 pilihan warna dan P50 dengan tiga pilihan sahaja. Siri kali ini bakal memasuki pasaran global dalam masa yang terdekat.

    Adakah berpuas hati dengan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured