More

    Spesifikasi penuh Samsung Galaxy Watch4 Classic tertiris, tampilkan skrin AMOLED 1.36 inci

    Samsung bakal menganjurkan sebuah acara pelancaran Galaxy Unpacked pada pada 11 Ogos, di mana mereka dijangka akan melancarkan dua telefon lipat serta jam tangan pintar iaitu Samsung Galaxy Watch4 Classic. Sebelum ini, rupanya telah pun tertiris dan kini maklumat spesifikasinya pula telah dikongsi dalam media sosial.

    Seorang pengguna Twitter telah berkongsi spesifikasi penuh untuk Galaxy Watch4 Classic varian 46mm. Ia akan dilengkapi skrin Super AMOLED berukuran 1.36 inci dengan resolusi 450×450, 330 piksel per inci (PPI) dan dibuat dengan kaca Gorilla Glass DX. Tali jam pula mempunyai kelebaran 20mm dan berat keseluruhan jam tangan ini adalah 50 gram, membuatkannya sesuai dipakai untuk aktiviti sukan.

    Untuk spesifikasi dalaman, ia mempunyai cipset Exynos W920, RAM 1.5GB dan storan dalaman 16GB. Daripada segi perisian, ia akan dilengkapi One UI Watch 3.5 berdasarkan Wear OS dan menyokong aplikasi Google seperti Play Store, Google Maps, Google Pay dan banyak lagi.

    Galaxy Watch4 Classic akan turut mempunyai bateri 361mAh yang boleh dicas penuh selama satu jam 40 minit dan menyokong pengecasan wayarles. Ia akan dilengkapi fungsi yang standard untuk jam tangan pintar seperti Health Sensor 3, lebih 40 mod sukan, pengukur langkah kaki, degupan jantung, pembakaran kalori, tahap oksigen darah, tekanan darah, masa tidur, kitaran haid dan banyak lagi fungsi kesihatan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki jam tangan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured