More

    realme MagDart dilancar: Siri pengecas wayarles magnetik 50W untuk telefon Android

    Selepas pelbagai berita dan khabar angin, realme akhirnya telah melancarkan realme MagDart iaitu sebuah siri pengecas wayarles magnetik yang boleh digunakan dengan pelbagai telefon pintar Android. Selain itu, MagDart turut merangkumi pelbagai jenis aksesori pengecasan pantas termasuk pengecas berwayar dan bank tenaga.

    Pengecas MagDart ini menyediakan kadar pengecasan wayarles sebanyak 50W dan dilengkapi sistem penyejukan kipas yang membenarkannya untuk mengecas dengan kadar 50W pada setiap masa. Memandangkan pengecas wayarles akan menjana banyak haba dengan kadar pengecasan tinggi, pastinya kipas ini adalah unsur penting untuk pengecas ini.

    Pengecas realme MagDart

    Buat mereka yang lebih gemar untuk memiliki pengecas wayarles kecil, 15W MagDart Charger mempunyai kenipisan 3.9mm sahaja iaitu lebih nipis daripada pengecas Apple MagSafe sebanyak 26.4%. Walaupun dengan saiz yang lebih kecil berbanding MagSafe, realme mengatakan pengecas MagDart 15W ini boleh mengecas dengan lebih pantas di mana pengecasan 0% ke 100% untuk bateri 4,500mAh mengambil masa 90 minit sahaja.

    realme turut melancarkan MagDart Power Bank yang boleh dilekatkan kepada telefon secara magnetik dan akan mengecas bateri telefon secara wayarles. Untuk mengecas power bank tersebut, ia boleh dicas pada pengecas khas yang boleh ditegakkan.

    15W MagDart Charger
    Power Bank

    Untuk penggemar swafoto pula, MagDart Beauty Light adalah sebuah lampu yang boleh dipasang pada telefon pintar dan bertujuan untuk menerangkan gambar swafoto anda. Lampu tersebut boleh diaktifkan dengan pengecasan wayarles daripada telefon pinar.

    Sebuah lagi aksesori adalah MagDart Wallet iaitu sebuah sarung telefon dengan tongkat yang boleh mendirikan telefon serta mempunyai ruang untuk tiga kad kredit.

    Khas untuk telefon realme GT, ia boleh dipasangkan dengan sarung realme GT MagDart Charging Case, di mana sarung tersebut membenarkan realme GT untuk menggunakan teknologi pengecasan wayarles MagDart. Sarung tersebut dihubungkan kepada realme GT melalui port USB-C.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured