More

    Samsung Galaxy M32 dilancar di Malaysia: Cipset Helio G80, kamera 64MP, berharga RM888

    Samsung telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Galaxy M32 di India pada bulan Jun lalu. Kini, telefon pintar itu dilihat sudah memasuki pasaran Malaysia dan halaman jualannya telah dimuat naik di laman web rasmi Samsung Malaysia.

    Samsung Galaxy M32 dilancarkan di Malaysia dengan harga rasmi RM1,099 atau RM888 jika anda membuat belian di Lazada antara 6 hingga 8 Ogos ini. Terdapat satu varian sahaja yang dijual di Malaysia dengan RAM 8GB dan storan 128GB.

    Untuk spesifikasi lain, peranti ini dikuasai oleh cipset Mediatek Helio G80 bersama bateri 5,000 mAh. Selain dari itu, ia juga hadir dengan kamera kuad 64MP (64MP+8MP+2MP+2MP) dan skrin 6.4 inci Super AMOLED FHD+.

    Ia juga menyokong kadar segar semula 90Hz dan dilengkapi Samsung Knox, sistem sekuriti khas berlapis.

    Samsung Galaxy M32 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu biru dan hitam. Jika anda ingin maklumat mengenai peranti ini, anda boleh lawati halaman rasmi Samsung.

    Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...