More

    Spesifikasi penuh dan poster rasmi Samsung Galaxy Z Flip3 5G tertiris!

    Samsung bakal mengadakan acara pelancaran Galaxy Unpacked pada 11 Ogos ini dimana mereka akan melancarkan beberapa telefon pintar termasuklah Samsung Galaxy Flip3. Terbaru, spesifikasi penuh dan poster rasminya telah tertiris di dalam talian.

    Melihat kepada gambar poster, Galaxy Z Flip3 akan menggunakan reka bentuk yang hampir sama dengan generasi sebelumnya. Ia akan dilengkapi skrin 6.7 inci Super AMOLED FHD+ dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Skrinnya akan menggunakan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus.

    Pada bahagian belakang pula, ia akan menggunakan skrin kedua 1.9 inci dengan resolusi 512 x 260 piksel. Skrin ini dikatakan berfungsi untuk menunjukkan notifikasi serta mengawal lagu dan panggilan.

    Poster rasmi tersebut juga menunjukkan bahawa ia dilengkapi dua kamera dengan kamera utama 12MP f/1.8 dan kamera ultra lebar 12MP f/2.2.

    Pada bahagian hadapan, ia akan menggunakan kamera 12MP. Galaxy Z Flip3 dijangka mempunyai penstabilan imej optik (OIS) dan mampu merakam video berkualiti tinggi seperti Galaxy Z Fold3.

    Selain dari itu, peranti ini juga bakal dikuasai oleh cipset Snapdragon 888 bersama RAM 8GB LPDDR5 dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Ia akan dilengkapi bateri 3,300mAh yang menyokong pengecasan pantas wayarles.

    Galaxy Z Flip3 juga bakal hadir dengan ciri kalis air IPX8, sensor cap jari sisi dan pengesanan muka. Ia akan ditawarkan dengan tiga warna iaitu Phantom Black (hitam), Lavendar (ungu) dan Cream (kuning).

    Untuk harga pula, ia mungkin dijual sekitar EUR 1099 (~RM5,454) untuk varian RAM 8GB dan storan 128GB.

    "
    "

    Jadi, adakah anda berpuas hati dengan spesifikasi Galaxy Z Flip3? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured