More

    Rupa paras Xiaomi Mi MIX 4 tertiris, muncul di Geekbench dengan cipset SD 888+

    Seperti yang anda tahu, Xiaomi Mi MIX 4 akan dilancarkan pada 10 Ogos ini bersama tablet Mi Pad 5. Sebelum ini, Xiaomi telah mengesahkan bahawa ia akan dilengkapi antara muka MIUI 12.5. Kini, ia telah muncul di penanda aras Geekbench dengan cipset Snapdragon 888 Plus.

    Melihat penyenaraian Geekbench, selain cipset Snapdragon 888 Plus, ia hadir dengan RAM setinggi 12GB. Peranti ini berjaya mendapat markah setinggi 857 untuk teras tunggal dan 2995 untuk teras pelbagai.

    Sumber sebelum ini menunjukkan bahawa Mi MIX 4 akan mempunyai skrin pada bahagian belakang, namun poster terbaru telah muncul menunjukkan reka bentuk yang berlainan.

    Poster tersebut juga mengesahkan kamera bawah skrin yang bakal digunakan. Jika dilihat dengan lebih teliti, ia bakal menggunakan kamera 108MP serta lensa periskop.

    Selain dari itu, Mi MIX 4 dijangka akan hadir dengan teknologi ultra wideband (UWB), pengecasan pantas 120W dan bateri 4,500mAh.

    Adakah anda menantikan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured