fbpx
More

    Xiaomi Store di Portugal kini menerima pembayaran melalui ‘Cryptocurrency’

    Xiaomi nampaknya sudah mula menerima pembayaran mata wang kripto di Portugal. Baru-baru ini, Mi Store Portugal telah membuat keputusan untuk menerima pembayaran mata wang digital seperti Bitcoin dan Ethereum.

    Mengikut laporan dari BolNews, syarikat gergasi China ini kini menyokong pembayaran dari Bitcoin, Ethereum, Tether dan Dash untuk pembelian telefon pintar, jam tangan pintar dan juga produk rumah pintar. Xiaomi telah bekerjasama dengan Utrust, sebuah syarikat Switzerland untuk menyokong pembayaran melalui aset digital.

    Eksekutif Mi Store Portugal, Pedro Maia, menjelaskan bahawa mereka adalah sebuah jenama yang inovatif dan kehadapan. Oleh itu, mereka ingin memberi alternatif kepada peminat teknologi untuk membeli gajet dengan matawang berteknologi.

    Untuk pengetahuan anda, Portugal adalah antara negara yang berbaik-baik dengan matawang kripto terutamanya pada undang-undang cukai mereka.

    Adakah anda mahukan pembayaran matawang kripto di Mi Store Malaysia? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Aplikasi CIMB OCTO gantikan CIMB Clicks mulai 11 Jun 2024

    Bermula 11 Jun 2024, aplikasi CIMB OCTO akan menggantikan aplikasi CIMB Clicks dengan antara muka baharu yang direka untuk menjadikan perbankan harian...

    HONOR bakal lancarkan telefon pintar andalan estetik AI baharu di Malaysia

    HONOR Malaysia baru sahaja memuat naik poster di Facebook yang mengacah kedatangan telefon pintar baharu yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama...

    PUBG Mobile kini boleh dimainkan dengan kadar 120fps dalam ASUS ROG Phone 8

    Buat para pemain game mudah alih PUBG Mobile, anda kini boleh mendapat kemas kini baharu versi 3.20 yang membenarkan beberapa peranti untuk...

    Black Shark GS3 dan GT3 Neo dilancar di Malaysia: Jam tangan pintar tahan lasak...

    Black Shark Malaysia melancarkan dua utas jam tangan pintar baharu iaitu Black Shark GS3 dan Black Shark GT 3 Neo. Black Shark...

    HONOR Earbuds X7 turut dilancar dengan ketahanan bateri sehingga 40 jam berharga ~RM193

    Sebagai tambahan kepada siri HONOR 200, HONOR turut mengeluarkan fon kepala wayarles HONOR Earbuds X7. Berat satu fon telinga HONOR Earbuds X7...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X