More

    Bermula 9 Ogos 2021, semua urusniaga JPJ di Pos Malaysia perlu dibuat secara janji temu

    Jika anda merancang untuk memperbaharui lesen kenderaan motor atau lesen memandu di mana-mana pejabat Pos Malaysia bermula esok (Isnin, 9 Ogos 2021), anda perlu menempah satu sesi janji temu dalam internet. Anda boleh berbuat demikian melalui fungsi Outlet Finder di laman web Pos Malaysia atau aplikasi Pos Malaysia.

    Janji temu untuk urusniaga berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh ditempah bermula hari ini. Setiap pelanggan hanya dibenarkan untuk menempah satu slot janji temu sehari dan akan dihadkan kepada tiga urusniaga sahaja untuk setiap janji temu.

    Pos Malaysia mengambil inisiatif ini bagi mengelakkan kesesakan di setiap cawangannya. Pelanggan yang telah membuat janji temu diminta untuk mematuhi SOP termasuklah pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu badan, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal satu meter. Jika pelanggan rasa tidak sihat, mereka tidak digalakkan untuk pergi ke mana-mana pejabat pos.

    Beritahu kami di Facebook jika temujanji ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Pos Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured