fbpx
More

    Samsung Exynos W920 dilancar: Cipset 5nm pertama untuk peranti boleh pakai

    Sehari sebelum acara pelancaran Galaxy Unpacked esok, Samsung telah memperkenalkan cipset baru untuk kegunaan peranti boleh pakai (wearables) iaitu Exynos W920. Samsung mengatakan ini adalah cipset 5nm pertama yang dikhaskan untuk peranti boleh pakai, membuatkannya setaraf dengan cipset telefon andalan pada waktu ini.

    Exynos W920 dilengkapi dua teras Arm Cortex-A55 untuk meningkatkan prestasi CPU sebanyak 20 dan satu unit pemproses grafik Arm Mali-G68 untuk prestasi grafik sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding cipset sebelumnya, dan membenarkan peranti boleh pakai untuk memaparkan antara muka (UI) dengan imej 3D dalam skrin beresolusi 960×540 (qHD).

    Ia turut dilengkapi teras berkuasa rendah Cortex-M55 yang bertujuan untuk menjanakan paparan sentiasa hidup (always-on-display, AOD) dalam jam tangan pintar. Dengan teras ini, jam tangan tidak perlu bergantung kepada teras CPU utama untuk AOD yang mungkin akan menggunakan lebih banyak cas bateri.

    Samsung mengatakan Exynos W920 bakal dilengkapkan dalam jam tangan Galaxy Watch seterusnya. Ini mungkin merujuk kepada siri Samsung Galaxy Watch4 yang akan dilancar bersama pelbagai peranti lain esok.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki jam tangan Samsung dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X