More

    Siri Xiaomi Pad 5 dilancar: Skrin 120Hz 11 inci, cipset Snapdragon 870, bateri 8,720mAh bermula ~RM1,306

    Selepas memperkenalkan telefon pintar Mix 4, Xiaomi melancarkan siri Pad 5 secara rasmi yang merupakan tablet pertama selepas tiga tahun. Barisan siri Pad 5 ini didatangkan dengan variasi Pad 5 Wi-Fi dan Pad 5 Pro yang mempunyai versi Wi-Fi dan 5G. Pad 5 Pro beroperasi menggunakan cipset Snapdragon 870 sementara Pad 5 menggunakan Snapdragon 860, menjadikannya tablet Android paling berkuasa di pasaran setakat ini.

    Kedua-dua tablet ini hadir dengan paparan 11 inci beresolusi 2560×1600 piksel, kadar penyegaran semula skrin 120Hz, panel 10-bit dengan sokongan Dolby Vision dan HDR10 yang menjanjikan kecerahan hingga 500 nits serta teknologi TrueTone bagi menyesuaikan warna dan kecerahan kepada cahaya persekitaran.

    Bahagian belakang Pad 5 ini mempunyai sebuah kamera utama 13MP yang berbentuk pil. Bagi versi Pro Wi-Fi sahaja, ia mempunyai kombo kamera utama 13MP dan ultra-lebar 5MP manakala versi Pro 5G ditingkatkan kameranya kepada 50MP dan ultra-lebar 5MP. Keseluruhan barisan Pad 5 menyokong sarung papan kekunci magnetik dan stilus, sama seperti iPad Pro 11 dan Galaxy Tab S7.

    Stilus Xiaomi seberat 12.2 gram mempunyai dua butang di sisinya, kadar pengambilan sentuhan 240 Hz dan boleh digunakan sehingga 8 jam dengan sekali cas. Papan kekunci magnetik pula terdapat dalam tiga warna mengikut warna yang tersedia bagi siri Pad 5.

    Spesikasi peranti Pad 5 Pro ini mempunyai berat 510 gram, nipis 6.86 mm, kapasiti bateri 8,600mAh dan dilengkapi dengan pengecasan pantas 67W yang merupakan pengecasan terpantas dalam segmen tablet. Pad 5 Wi-Fi pula hadir dengan kapasiti bateri 8,720 mAh yang lebih besar sedikit tetapi pengecasannya diturunkan kepada 33W.

    Paparan antaramuka MIUI kini disesuaikan untuk tablet dan membawa sokongan multi-skrin untuk lebih 300 aplikasi dengan syarat ia dibuka pada telefon pintar Xiaomi. Xiaomi Pad 5 Pro juga dilengkapi dengan empat pembesar suara Dolby Atmos iaitu dua di atas dan dua di bahagian bawah.

    Xiaomi Pad 5 6GB/128GB berharga CNY1,999 (~RM 1,306) manakala 6GB/256 berharga CNY2,299 (~​RM1,961). Versi Xiaomi Pad 5 Pro 6GB /128GB adalah CNY2,499 (~RM1,634) diikuti oleh unit 6GB/256GB pada CNY2,799 (~RM1,830) sementara varian 8GB/256 GB 5G adalah CNY3,499 (~RM 2,287).

    Siri Pad 5 ini sudah tersedia untuk pra-tempahan di China dan tidak lama lagi akan dipasarkan ke luar negara. Adakah anda menantikan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured