More

    Celcom bantu perniagaan PKS dengan menyediakan pelan telko percuma selama 3 bulan

    Syarikat telekomunikasi tempatan Celcom Axiata Berhad mengakui bahawa situasi terkini melibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyukarkan ribuan operasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), oleh itu Celcom telah mengumumkan beberapa inisiatif yang bertujuan membantu PKS mengharungi waktu yang sukar ini.

    Perniagaan PKS yang melanggan kepada Celcom Business Suite akan dikecualikan daripada caj langganan selama tiga bulan pertama. Selepas tempoh tersebut, PKS akan menerima penjimatan sebanyak 30% selama setahun melalui Geran Padanan Digitalisasi Perniagaan PKS yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA).

    Celcom juga telah melancarkan pelan Celcom Business Suite Productivity Pack yang menawarkan internet mudah alih Celcom InternetGO dengan kuota 15GB, perisian Microsoft Office 365 Business Basic dan kuota tanpa had untuk Microsoft Teams, Google Meet, Zoom dan Webex. Pelan ini akan ditawarkan pada harga RM58 sebulan.

    Selain itu, Celcom Business Suite Booster Pack pula menawarkan fungsi Mesinkira Basic, sebuah sistem pengurusan jualan Point of Sales (POS) tanpa sentuh yang boleh mengurus inventori, rekod transaksi dan integrasi dengan perkhidmatan pembayaran digital seperti e-dompet atau kad kredit. Pelanggan akan turut menerima Celcom Business Wireless dengan kuota data 150GB dan Enterprise Bulk Messaging untuk pemasaran melalui SMS. Pelan ini berharga RM227 sebulan.

    Celcom turut memperkenalkan pelan Flexi Pack yang menawarkan kuota data besar untuk penggunaan Microsoft 365 Business Basic atau Business Standard, manakala WhatsApp dan WeChat pula boleh digunakan tanpa sebarang had data. Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah fungsi keselamatan siber Cyber Guard atau Celcom HR Biz Suite.

    Tawaran tiga bulan percuma untuk Celcom Business Suite ini akan berlangsung sehingga 22 Oktober, manakala pelanggan sedia ada boleh menikmati manfaat ini dengan penjimatan 30% melalui geran PENJANA. Layari laman web Celcom Business Suite untuk maklumat lanjut tentang pelan ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured