More

    Perbezaan antara Samsung Galaxy Z Fold3 dengan Galaxy Z Fold2 yang anda perlu tahu

    Sewaktu Samsung melancarkan telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold2 5G pada bulan September 2020, ia menampilkan penambahbaikan yang amat ketara berbanding Galaxy Fold pertama yang diperkenalkan pada 2019. Daripada segi rekaan luaran hinggalah spesifikasi dalaman, Galaxy Z Fold2 memperbaharui setiap aspek untuk sebuah telefon pintar lipat.

    Jadi dengan pelancaran Samsung Galaxy Z Fold3 5G pula pada Ogos 2021, adakah ia turut menawarkan perbezaan yang ketara berbanding Galaxy Z Fold2? Sebenarnya penambahbaikan pada tahun ini banyak melibatkan spesifikasi dalaman sahaja, manakala daripada segi luaran, tidak banya beza dengan telefon lipat Samsung pada tahun lepas. Di sini kami akan senaraikan ciri-ciri baharu yang diperkenalkan dalam Galaxy Z Fold3:

    Kamera swafoto bawah skrin

    Penambahbaikan yang paling menarik untuk Fold3 adalah pada kamera swafoto yang diletakkan pada skrin utama di bahagian kanan. Kamera swafoto ini diletakkan di bawah skrin (under-display camera), jadi skrin utama Fold3 tidak mempunyai sebarang takuk (notch) atau lubang (punch-hole) bagi menempatkan kamera swafoto. Ini membuatkan skrin utama nampak lebih kemas dan anda boleh tonton filem tanpa sebarang gangguan kamera swafoto.

    Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna kamera swafoto tersebut ‘lutsinar’ sepenuhnya. Ia masih boleh dilihat, namun dikaburkan dengan beberapa piksel di atasnya. Jika anda membuka sebarang imej yang menjanakan warna putih, anda boleh melihat kamera tersebut. Namun, untuk sebarang imej gelap, kamera tersebut boleh disembunyikan dengan agak baik.

    Tiada lubang atau takuk pada skrin utama Fold3
    Sungguh pun begitu, kamera swafoto masih tidak boleh disembunyikan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika imej putih sedang dipaparkan. Sumber: MKBHD

    Teknologi ini juga bermaksud Samsung terpaksa merendahkan kualiti fotografi kamera ini. Kamera swafoto pada skrin utama Fold3 mempunyai sensor 4MP, berbeza dengan kamera swafoto 10MP pada Fold2. Oleh yang demikian, kamera swafoto Fold3 akan menjanakan gambar dengan kualiti lebih rendah. Akan tetapi ini mungkin bukan isu yang besar kerana anda masih boleh gunakan gabungan kamera utama dengan skrin luaran untuk mengambil gambar swafoto yang jauh lebih cantik.

    Sementara itu, kamera swafoto untuk skrin luaran Fold3 pula masih diletakkan dalam lubang punch-hole seperti dalam Fold2, jadi tiada perbezaan ketara di sini. Samsung masih mengekalkan sensor 10MP untuk kamera tersebut.

    Rating kalis air IPX8

    Samsung juga mengiklankan Galaxy Z Fold3 sebagai telefon lipat pertama dalam dunia yang dilengkapi rating kalis air IPX8. Memandangkan telefon ini mempunyai mekansime engsel yang sukar untuk dilindungi daripada aliran air, ini adalah satu pencapaian yang sangat menarik untuk sebuah peranti lipat.

    Sebuah saluran YouTube bernama Linus Tech Tips telah pun menguji tahap kalis air untuk Fold3 dan telefon tersebut masih boleh digunakan walaupun ia telah ditenggelami sepenuhnya dan engselnya dilipat. Jadi, anda tidak perlu takut jika Fold3 anda terdedah kepada percikan air.

    "
    "
    Boleh ditenggelami dalam air. Sumber: Linus

    Sokongan S Pen

    Samsung turut mengetengahkan fungsi sokongan S Pen untuk Galaxy Z Fold3. Mereka menawarkan dua S Pen baru untuk telefon lipat ini iaitu S Pen Pro atau S Pen Fold Edition, di mana S Pen Pro adalah lebih besar, boleh dihubungkan secara Bluetooth dan mempunyai bateri yang perlu dicas.

    Perlu diingati bahawa Samsung tidak menggalakkan penggunaan S Pen yang lain untuk skrin utama Fold3. Ini mungkin adalah kerana S Pen yang lain mungkin boleh merosakkan skrin lipat tersebut dengan mata pen yang tajam.

    Tidak boleh digunakan dengan S Pen lain. Sumber: MKBHD
    Sarung khas untuk stilus S Pen

    Walaupun ia menyokong penggunaan S Pen, telefon ini tidak menyediakan sebarang ruang untuk menempatkan stilus tersebut, seperti yang terdapat dalam siri Galaxy Note. Sebaliknya, pelanggan perlu memberi sarung (casing) khas yang mempunyai ruang untuk meletakkan stilus tersebut.

    Sokongan S Pen dalam Fold3 ini juga mungkin bertujuan untuk menggantikan ketiadaan Galaxy Note pada tahun ini, namun ia sekadar khabar angin sahaja setakat ini.

    Dimensi dan rekaan luaran

    Secara kasar, Galaxy Z Fold3 mempunyai reka bentuk yang sama dengan Galaxy Z Fold2, kecuali dengan sedikit perbezaan ukuran badan. Kedua-duanya mempunyai skrin utama berukuran 7.6 inci (resolusi 2208×1768) dan skrin luaran berukuran 6.2 inci (resolusi 2268×832 untuk Fold3 dan 2260×816 untuk Fold2).

    Galaxy Z Fold2 (kiri) dan Galaxy Z Fold3

    Perbezaan yang kecil boleh dilihat pada ketebalannya. Galaxy Z Fold3 mempunyai ketebalan 6.4mm (dibuka) dan 16.0mm (dilipat), manakala Galaxy Z Fold2 mempunyai ketebalan 6.9mm (dibuka) dan 16.8mm (dilipat). Fold3 juga adalah lebih ringan, dengan berat 271g berbanding Fold2 yang mempunyai berat 282g.

    Selain itu, Fold3 mempunyai bonggol kamera yang berbentuk silinder, berlainan dengan Fold2 yang mempunyai bentuk petak.

    Spesifikasi dalaman

    Seperti yang boleh dijangka, Galaxy Z Fold3 mempunyai cipset yang lebih canggih iaitu Snapdragon 888. Walau bagaimanapun, bateri Fold3 direndahkan sedikit iaitu 4,400mAh sahaja, lebih rendah berbanding Fold2 dengan bateri 4,500mAh.

    Kamera belakang kedua-dua telefon mempunyai spesifikasi yang sama, iaitu kamera utama 12MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 12MP.

    Harga

    Satu perkara yang menarik tentang Galaxy Z Fold3 adalah pada harganya, di mana ia akan dijual dengan harga pelancaran yang lebih murah berbanding Galaxy Z Fold2. Di Amerika Syarikat, Fold3 dilancar dengan harga USD1,799, lebih rendah berbanding Fold2 yang dilancar dengan harga USD1,999.

    Samsung nampaknya berjaya menjual peranti istimewa ini dengan harga yang lebih rendah, walaupun dengan spesifikasi yang lebih canggih. Ini mungkin adalah kerana perbezaan di antara Fold2 dengan Fold3 yang tidak terlalu ketara, jadi Samsung boleh merendahkan harganya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat premium ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...