More

    Moto G60S dilancar: Cipset Helio G95 dan skrin 120Hz berharga ~RM1,825

    Selepas melancarkan Moto G60 pada April lalu, kali ini Motorola tampil dengan sebuah lagi model baharu iaitu Moto G60S.

    G60S ini menggunakan Android 11 dan mempunyai ukuran badan 169.7 x 75.9 x 9.6 mm serta berat 212g. Telefon ini didatangkan dengan skrin 6.8 inci FHD+, penyegar semula skrin 120Hz, cipset MediaTek Helio G95 yang mempunyai CPU octa-core 2.0GHz, GPU Mali-G76MC4, RAM 6GB, NFC, simpanan storan 128GB yang boleh ditambah, bicu audio 3.5mm dan menyokong pengecasan pantas 50W.

    Bahagian belakang terdapat empat kamera iaitu kamera utama 64MP f/1.7, ultra-lebar 8MP f/2.2 dengan sudut pandangan 118 darjah, kamera makro 5MP f/2.4 dan sensor kedalaman 2MP f/2.4. Pada bahagian hadapan pula terdapat lubang (punch-hole) yang menempatkan kamera swafoto 16MP f/2.2.

    Telefon ini mempunyai beberapa persamaan dengan G60 daripada segi skrin, RAM dan simpanan storan. Namun, terdapat beberapa perbezaan iaitu daripada segi kamera dan cipset. G60 menggunakan Snapdragon 732G manakala G60S menggunakan Helio G95. G60S mempunyai ciri tambahan lain iaitu pengecasan pantas 50W dan kamera makro tambahan di bahagian belakang. Telefon ini mempunyai dua warna tersedia iaitu biru dan hijau.

    Ketersediaan telefon pintar Moto G60S ini hanya terdapat di pasaran Brazil dengan harga BRL 2,249.10 (~RM1,825). Buat masa sekarang pihak Motorola belum mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk memasarkannya di peringkat global tetapi sama-sama kita nantikan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Moto G60S ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured