More

    HONOR Tab V7 Pro dilancar: Skrin 2K 120Hz, cipset Kompanio 1300T, harga bermula ~RM1,699

    Selain dari pelancaran telefon pintar siri HONOR Magic3, HONOR turut melancarkan tablet premium terbaru mereka HONOR Tab V7 Pro. Peranti ini hadir dengan pelbagai ciri menarik termasuklah cipset terbaru Mediatek Kompanio 1300T.

    Untuk spesifikasinya, HONOR Tab V7 Pro mempunyai ketebalan 7.25mm dan berat 485g sahaja. Skrinnya bersaiz 11 inci LCD beresolusi 2K dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia juga hadir dengan nisbah aspek 16:10, ketumpatan piksel 276ppi, warna gamut DCI-P3 dan kecerahan sehingga 500 nits.

    Tablet ini menggunakan antara muka Magic UI 5.0 atas Android 11. Ia hadir dengan fungsi multi-window, split-screen, drag and drop dan lebih lagi. Seperti yang diberitahu tadi, tablet ini adalah peranti pertama yang menggunakan cipset Mediatek Kompanio 1300T. Ia juga digabungkan dengan RAM 6/8GB dan storan 128/256GB.

    Selain dari itu, HONOR Tab V7 Pro dilengkapi bateri 7250mah yang menyokong pengecasan pantas 22.5W, kamera utama 13MP, kamera makro 2MP, Bluetooth 5.1, empat pembesar suara dan menyokong stilus Magic Pencil 2.

    Terdapat 4 varian untuk tablet ini, 3 daripadanya adalah versi Wi-Fi sahaja manakala yang varian tertinggi dengan sokongan 5G.

    Ia ditawarkan dengan harga serendah 2,599 Yuan (~RM1,699) untuk RAM 6GB dan storan 128GB sehinggalah 3,699 Yuan (~RM2,419) untuk RAM 8GB dan storan 256GB (5G). Buat masa ini, ia hanya dijual di pasaran China sahaja dengan beberapa warna seperti Dawn Blue (biru), Dawn Gold (emas) dan Titanium Silver (perak).

    Adakah anda berminat dengan tablet HONOR ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured