More

    iQOO 8 Pro dikesan dengan Snapdragon 888+, RAM 8GB dan 12GB

    Spekulasi bahawa telefon Vivo dengan nombor model V2141A yang muncul dalam beberapa laman web China mungkin merupakan siri andalan iQOO 8 yang bakal dilancar. Geekbench mendedahkan bahawa Vivo V2141A dikuasakan oleh pemproses Qualcomm octa-core 3.00GHz. Clocking rates dan nama kod ‘lahaina’ menunjukkan bahawa ia menggunakan cipset Snapdragon 888+. Tangkapan skrin yang ditunjukkan di bawah menunjukkan bahawa ia akan hadir dalam varian RAM 8GB dan 12GB serta dilengkapi OS Android 11.

    Baru-baru ini, telefon Vivo dengan nombor model V2136A mendapat pengiktirafan oleh 3C untuk pengecasan pantas 120W. Telefon ini mungkin dilancarkan di pasaran sebagai iQOO 8. Tidak jelas sama ada iQOO 8 akan menampilkan cipset Snapdragon 888 atau Snapdragon 888+ yang lebih baharu.

    Laporan mendakwa bahawa iQOO 8 Pro akan dilengkapi dengan panel Samsung E5 LTPO AMOLED 6.78 inci dengan skrin bahagian tepi yang melengkung dan menawarkan resolusi 2K+ serta kadar penyegaran semula 120Hz. Peranti ini mungkin dilengkapi dengan storan dalaman sehingga 256 GB.

    iQOO 8 Pro mungkin mempunyai kapasiti bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 120W, sokongan untuk pengecasan wayarles 50W dan pengecasan tanpa wayar berbalik 10W. Kamera belakang telefon ini pula mempunyai kamera utama 50MP, lensa ultra-lebar 48MP dan telefoto 16MP. Buat masa sekarang, tiada maklumat tentang kamera hadapan peranti ini.

    Apa pun, mari kita tunggu dan lihat pelancaran siri iQOO 8 pada 17 Ogos ini di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured