More

    Apple: Ciri SharePlay tidak akan disertakan menjelang pelancaran rasmi iOS 15

    Salah satu ciri baharu yang terdapat dalam iOS 15 versi beta iaitu SharePlay yang ketika ini dinikmati oleh pengguna Apple bakal ditarik semula dan tidak akan hadir di dalam kemaskini rasmi iOS 15 yang dijangka dilancarkan pada September. Apple juga mengatakan bahawa ciri SharePlay akan ditarik semula untuk kemas kini yang akan datang bagi beta iOS 15, iPadOS15, tvOS 15 dan macOS Monterey. Ciri SharePlay membenarkan pengguna untuk menikmati hiburan bersama pengguna lain dengan berkongsi skrin ketika menonton video secara atas talian.

    Syarikat itu mengesahkan bahawa ciri SharePlay akan hadir semula pada kemas kini beta yang akan datang selepas pelancaran rasmi iOS 15. Apple juga mengatakan bahawa pihaknya tidak sabar untuk membawakan ciri SharePlay ini secara rasmi. Ciri ini mendapat perhatian pengguna kerana mampu berkongsi pengalaman menakjubkan ketika menonton hiburan antara ahli keluarga dan rakan dengan cara yang baru.

    Ini merupakan kali pertama penarikan semula ciri utama yang terdapat pada iOS 15 sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Apple bakal memfokuskan ciri yang paling menarik iaitu Universal Control pada acara rasmi WWCD yang mana pemilik iPad dan Mac boleh mengawal secara serentak antara kedua-dua peranti ini menggunakan tetikus dan papan kekunci yang sama.

    Apple berjanji akan mengembalikan semula ciri-ciri yang ditarik sehingga ia benar-benar stabil dan sedia untuk digunakan secara menyeluruh. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured