More

    Samsung A03s dilancar, miliki MTK Helio P35 dan bateri 5,000mAh bermula ~RM655

    Pada awal tahun ini, Samsung telah memperkenalkan telefon pintar kelas permulaan Samsung Galaxy A02s dan kini mereka melancarkan penyambung kepada telefon tersebut iaitu Samsung Galaxy A03s.

    Mengikut spesifikasi, telefon ini mempunyai cipset MediaTek Helio P35, RAM 3GB / 4GB, storan dalaman 32GB / 64GB, skrin LCD PLS TFT HD+ dengan paparan Infinity-V 6.5 inci beresolusi 1,600 x 720 piksel, slot mikro kad SD, bateri 5,000 mAh dan menggunakan paparan antara muka One UI 3.1 Core beroperasi atas Android 11.

    A03s berukuran 164.2mmx75.9mmx 9.1mm dan berat 190gram serta mempunyai pengimbas cap jari di bahagian sisi yangh turut bertindak sebagai butang kuasa. Daripada segi sambungan, ianya menyokong dwi-SIM, 4G LTE, Wi-Fi 5, GPS, Bluetooth 5, bicu audio 3.5mm dan port USB-C. Telefon ini mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 13 MP, sensor kedalaman 2MP dan makro 2 MP. Kamera swafoto pula menggunakan kamera 5 MP.

    A03s tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru. Buat masa sekarang, peranti ini hanya tersedia di pasaran India dengan harga INR 11,499 (~RM655) untuk model 3GB + 32GB sementara model 4GB + 64GB berharga INR 12,499 (~RM712). Kami masih menunggu maklumat rasmi daripada Samsung tentang ketersediaanya untuk pasaran global.

    Adakah anda berminat dengan Samsung Galaxy A03s? Berikan komen anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured