More

    Xiaomi lancar kempen sempena Hari Merdeka, peluang untuk memenangi Mi TV P1 55 inci

    Terbaru, Xiaomi telah melancarkan sebuah kempen sempena hari Merdeka hujung bulan ini. Xiaomi memanggil kempen ini dengan nama “64th Merdeka with Mi” dan ia menawarkan pelbagai promosi dan hadiah percuma apabila membeli produk Xiaomi.

    Contohnya, jika anda membeli Xiaomi Mi 10T Pro atau Redmi Note 10S, anda akan mendapat hadiah misteri percuma. Tambahan dari itu, pembelian tersebut juga membolehkan anda mendapat diskaun kepada bank kuasa 20,000mAh atau Mi True Wireless Earbuds Basic 2.

    Selain hadiah promosi, anda juga akan berpeluang untuk memasuki ‘giveaway’ jika membeli produk terpilih Xiaomi ketika kempen ini. Hadiah utama ‘giveaway’ ini adalah Xiaomi Mi TV P1 55 inci bersama PIN Touch ‘n Go bernilai RM1000 dan RM500. Untuk matlumat lanjut, anda boleh lihat laman web rasmi kempen tersebut.

    Pada masa yang sama, Xiaomi Redmi 10 kini sudah boleh dibeli bermula hari ini. Telefon bajet ini hadir dengan cipset Helio G88, RAM 6GB, storan 128GB, bateri 5,000mAh, sensor cap jari sisi dan kamera kuad 50MP.

    Kami menjangkakan lebih banyak jenama akan mengumumkan promosi jualan mereka sempena Hari Merdeka ini. Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured