More

    HUAWEI nova 8 bakal dilancar di Malaysia pada 27 Ogos ini

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan HUAWEI nova 8 pada 27 Ogos 2021. Pada akhir tahun lalu, nova 8 telah dilancarkan di pasaran China dan kini ia bakal tiba secara rasmi di pasaran Malaysia.

    Melihat kepada spesifikasi, nova 8 dilengkapi dengan paparan OLED melengkung 6.57 inci yang menyokong kadar penyegaran semula 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 240Hz. Selain itu, ia dilengkapi kamera swafoto 32MP AI dan pada bahagian belakangnya pula terdapat kamera utama 64MP, ultra-lebar 8MP, makro 2MP serta sensor kedalaman 2MP.

    nova 8 menggunakan cipset Kirin 985, RAM 8GB, storan dalaman 256GB dan kapasiti bateri 3800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W. Telefon ini mempunyai teknologi dual-view video yang mana pengguna boleh merakam pandangan depan dan belakang pada masa yang sama.

    HUAWEI nova 8 tersedia dalam dua varian iaitu model 8GB + 128GB yang berharga 3299 Yuan (~ RM2051) dan model 8GB + 256GB untuk 3699 Yuan (~ RM2412).

    Adakah anda menantikan produk ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveEN

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured