More

    vivo Y21 dilancar : Cipset Mediatek Helio P35, bateri 5,000mAh, berharga ~RM884

    Terbaru, vivo telah melancarkan vivo Y21, sebuah telefon pintar kelas permulaan di pasaran india. Peranti ini hadir dengan skrin 6.51 inci beresolusi HD+ bersama takuk titisan air yang menempatkan kamera swafoto 8MP.

    Peranti ini mempunyai ketebalan 8mm dan berat 182g. Di bahagian belakangnya, terdapat kamera utama 13MP bersama kamera makro 2MP. Ia juga dilengkapi cipset Mediatek Helio P35, RAM 4GB dan storan 64/128GB.

    vivo Y21 menggunakan antara muka Funtouch OS 11.1 atas perisian Android 11. Selain itu, ia mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Ia juga masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dan sensor cap jari sisi.

    vivo Y21 ditawarkan dengan warna Midnight Blue dan Diamond Glow. Harga untuk memori 4/128GB adalah INR 15,490 (~RM884). Buat masa ini, tiada lagi berita kedatangan peranti ini ke pasaran Malaysia.

    Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured