More

    Lelaki ini buat tatu kod QR pada tangannya untuk mudahkan pengimbasan sijil vaksin COVID-19

    Dalam norma baharu yang diamalkan di seluruh dunia pada waktu ini, mereka yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 penuh perlu membuktikan bahawa mereka teleh menerimanya dengan menunjukkan sijil pemvaksinan seperti dalam MySejahtera. Sijil vaksin ini biasanya mempunyai kod QR yang boleh diimbas oleh orang lain untuk membuktikan bahawa pemilik kod QR telah divaksin.

    Walau bagaimanapun, tindakan menunjukkan kod QR itu mungkin agak leceh buat sesetengah orang. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, seorang lelaki di Itali telah bertindak membuat tatu pada tangannya yang menunjukkan kod QR dan ia boleh diimbas bagi membuktikan bahawa beliau telah menerima vaksin.

    Dalam sebuah video Facebook yang telah dimuat naik oleh artis tatu Gabriele Pellerone, beliau melakar tatu QR pada tangan seorang pelanggannya kemudian tatu tersebut boleh diimbas menggunakan telefon pintar.

    Kod QR itu boleh diimbas untuk membawa pengguna telefon kepada sijil vaksin rasmi

    Walau bagaimanapun, ia bukanlah menunjukkan terus sijil vaksin beliau, sebaliknya telefon pintar hanya akan menunjukkan sebuah lagi kod QR rasmi yang akan menunjukkan pengguna kepada sijil rasmi yang telah diiktiraf oleh Kesatuan Eropah (EU). Jadi ia bukanlah penyelesaian yang praktikal untuk ditiru oleh orang lain.

    Kongsi pendapat anda tentang tindakan individu ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured