More

    Akaun Instagram dengan pengikut kurang 10K kini boleh letakkan pautan di ‘story’

    Instagram telah mengingatkan penggunanya bahawa ciri leret ke atas (swipe up) untuk mengakses pautan yang terdapat pada cerita (story) akan digantikan dengan pelekat (sticker) pada akhir bulan Ogos ini.

    Mengikut sumber, ciri leret ke atas untuk mengakses pautan tidak akan lagi ditawarkan. Jika pengguna ingin meletakkan pautan di ceritanya, mereka hanya perlu menggunakan ciri pelekat yang baru.

    Selain itu, pelekat dengan pautan akan beroperasi dengan cara yang sama seperti ciri leret ke atas tetapi pengguna hanya perlu sentuh pelekat tersebut untuk melihat pautan. Dalam masa yang sama pengikut anda boleh bertindak balas terhadap cerita anda tanpa perlu membuka pautan tersebut.

    Yang menarik, ciri baharu yang Instagram bawakan ini membolehkan akaun yang pengikut bawah 10000 untuk meletakkan pautan di ceritanya. Sebelum ini, pihak Instagram hanya membenarkan pautan yang diletakkan pada cerita dengan syarat pengikut akaun tersebut lebih 10000 atau akaun yang telah disahkan.

    Tambahan, cerita yang mempunyai pautan tidak boleh dibalas kerana ciri leret ke atas tidak membenarkan pengguna untuk membalas cerita tersebut. Adakah anda menantikan ciri baharu yang bakal Instagram bawakan ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9To5Mac

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured