More

    Peranti vivo dengan nombor model V2130A muncul di Google Play Console

    Sebuah lagi telefon pintar vivo bakal diumumkan kelak. Telefon yang memegang nombor model V2130A itu dikatakan mungkin adalah vivo X70 tetapi dengan ciri yang dimiliki iaitu Dimensity 900 dan pengecasan pantas 44W, kami mengandaikan bahawa ianya adalah siri vivo V21.

    Telefon dengan model nombor V2130A dan V2131A memiliki cipset Mediatek, RAM 8GB, panel skrin FHD+, Android 11 dan terdapat lubang (punch hole) kamera swafoto pada bahagian atas.

    Dimensity 900 merupakan cipset untuk telefon kelas pertengahan manakala Snapdragon 870 yang mempunyai kuasa lebih baik pula digunakan untuk telefon andalan vivo X60. Jadi, kami menjangkakan bahawa vivo tidak akan menggunakan cipset tersebut untuk siri telefon andalan baharu mereka iaitu vivo X70.

    Jika dilihat pada siri vivo V21 yang telah dilancar setakat ini, ia terdiri daripada vivo V21 dan vivo V21 5G yang dilengkapi cipset Dimensity 800U serta vivo V21e dengan cipset Snapdragon 720G. Oleh itu, lebih logik jika telefon vivo yang dilengkapi cipset Dimensity 900 ini termasuk dalam siri vivo V21.

    Terdapat kemungkinan bahawa imej tersebut mungkin iQOO tetapi kami belum menerima maklumat rasmi. Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured