More

    Lenovo Legion Phone Duel 3 disahkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 898

    Telefon pintar gaming Lenovo Legion Phone Duel 2 merupakan antara telefon tercanggih pada tahun ini dan sekuelnya, Lenovo Legion Phone Duel 3, dijangka akan meneruskan legasi tersebut pada tahun hadapan. Kini Pengurus Umum untuk divisyen telefon pintar Lenovo China telah mengesahkan bahawa Duel 3 akan dilengkapi cipset andalan Qualcomm yang seterusnya.

    Dalam sebuah kenyataan di Weibo, beliau mengatakan Duel 3 akan dilengkapi cipset Snapdragon dengan nombor model SM8450, yang mungkin merupakan nombor model untuk cipset Snapdragon 898. Beliau turut menjelaskan bahawa telefon itu akan mengalami peningkatan prestasi GPU yang sangat tinggi.

    Daripada kenyataan ini, Duel 3 dijangka akan menjadi antara telefon terawal yang dilengkapi cipset andalan seterusnya oleh Qualcomm.

    Sungguh pun begitu, Qualcomm masih belum mengumumkan cipset andalan baharu yang akan menggantikan Snapdragon 888 pada waktu ini. Snapdragon 898 dikhabarkan akan mempunyai prestasi yang lebih pantas sebanyak 20% berbanding Snapdragon 888.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Lenovo Legion Phone Duel 3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured