More

    realme 8 Pro miliki ciri pengembangan RAM dinamik & peningkatan prestasi

    Tahun lalu, kebanyakan syarikat pengeluar telefon pintar telah menggunakan teknologi pengembangan RAM secara maya. Teknologi ini berfungsi dengan menggunakan beberapa bahagian storan untuk ditukarkan sebagai RAM. Kini, realme menggunakan teknologi tersebut yang dinamakan Dynamic RAM Expansion (DRE) kepada telefon realme 8 keluaran baharu mereka.

    Telefon realme yang pertama mempunyai teknologi DRE ini ialah realme narzo 30 5G. Walaupun realme 8 5G memiliki spesifikasi yang sama dengan narzo 30 5G, tetapi ia tidak dilengkapi dengan ciri tersebut. Namun kini, teknologi tersebut akhirnya dipasangkan di realme 8 5G dan realme X7 Max 5G.

    Ciri ini tersedia di menu Tetapan > Tentang telefon > RAM (Settings > About phone > RAM). realme X7 Max 5G secara amnya merupakan telefon kelas andalan mesra poket. Pengguna dapat menambahkan RAM bermula daripada 3GB, 5GB dan 7GB.

    Pengembangan RAM yang terdapat pada realme 8 adalah terhad kerana berkemungkinan pilihan RAM 7GB akan digantikan dengan 2GB. Perkara yang sama terjadi pada realme narzo 30 5G dan realme 8 5G. Hal ini disebabkan oleh X7 Max 5G mempunyai pilihan penyimpanan storan yang lebih tinggi daripada realme 8 5G dan narzo 30 5G.

    Sumber mengatakan bahawa teknologi DRE akan diimplementasikan terhadap realme 8 pro. Walaubagaimanapun, masih belum ada maklumat rasmi bila fungsi ini akan dilancarkan. Sebagai tambahan, terdapat kemas kini perisian yang baharu bagi mengoptimumkan realme 8 iaitu versi RMX3085_11.A.19 yang membantu menyelesaikan masalah tertentu dalam perisian yang sedia ada.

    Terakhir, realme menambah kemas kini baharu dalam fungsi keselamatan versi Julai 2021 pada telefon pintar mereka. Menurut syarikat itu, ia akan dilancarkan kepada beberapa pengguna di India dan sekiranya tiada pepijat (bug) yang kritikal muncul, syarikat itu akan memperluas kemas kininya ke lebih banyak negara.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon serta ciri-ciri baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured